Saturday, March 21, 2009

PERANCANGAN AKTIVITI 2009

  • Mencari harta karun
  • Kembara Merdeka 2009
  • Majlis berbuka Puasa
  • Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri
  • Lawatan Ke negeri Melaka
  • Hari Keluarga Bestivec

Tuesday, March 17, 2009

MESYUARAT AJK

Mesyuarat AJK pertama pada 26hb. Januari 2009, Bertempat di Bilik Mesyuarat Restoran Gemilang, Jerteh.

Mesyuarat AJK kedua pada 08hb. Febuari 2009, Bertempat di Bilik Mesyuarat Restoran Gemilang, Jerteh.

Mesyuarat AJK ketiga pada 08hb. Jun 2009, Bertempat di Bilik Mesyuarat Bangunan KRT Bandar Jerteh.

MESYUARAT AGUNG KEDUA

Mesyuarat Agung kali ke2 telah diadakan pada 25hb. Januari 2009, Bertempat di Damai Beach Resort. Keehadiran ahli adalah seramai 32 orang.

SENARAI NAMA AJK UNTUK PENGGAL 2009/2011

  • Presiden: En. Hudrus Bin Harun- 019 937 5786
  • Timbalan Presiden: En. Ghazali Bin Che Noh
  • Naib President: En. Zailan Bin Ismail
  • Setiausaha: En. Nik Ismadi Bin Nik Ab. Rashid - 017 909 4664
  • Penolong Setiausaha: En. Rizal Atiq Bin Ab. Rahim - 019 993 3044
  • Bendahari: En.Ramzunasri Bin Mohd Nor - 013 902 2210
  • Penolong Bendahari: En. Adnan Bin Hussin - 019 956 2426

Ahli Jawatankuasa:

  1. En. Adnan Bin Rashid
  2. En. Mohd Rahimi Tabli Bin Yassin
  3. En. Saidina Hamzah Bin Md. Piah
  4. En. Juraimi bin Mohd Nor
  5. En. Muhammadi Bin Harun
  6. En. Ahmad Tarmizie Bin Harun
  7. En Razman Bin Razi
  8. En. Norazli Bin Ahmad Albadawi
  9. En. Wan Suhaili Bin Wan Hussain
  10. En. Mohd Hafizuddin Bin Amlin

PEMERIKSA KIRA-KIRA

  1. En. Engku Hilmizan Bin Engku Hussin
  2. En. Tajuddin Bin Ibrahim

PROFILE BESTIVEC

1.0 PENDAHULUAN

Remaja yang berkereta dan bermotorsikal telah memberi senario yang membimbangkan kepada masyarakat dan juga negara, menyedari hakikat ini pelbagai formula telah dilaksanakan oleh semua pihak bagi mendidik remaja tentang cara pemanduan dengan lebih berhemah dan berpengatahuan.

Hakikat ini telah membawa kesedaran kepada kami betapa pentingnya satu pertubuhan kelab bermotor di peringkat remaja perlu ditubuhkan, ini kerana belia dan remaja di daerah Besut menggunakan kenderaan bermotor untuk aktiviti harian mereka.

Dengan adanya sokongan semua pihak dan kempen sukan bermotor oleh pihak kerajaan, kami mencadangkan satu kelab kenderaan bermotor ditubuhkan iaitu KELAB SUKAN BERMOTOR BESUT (BESTIVEC) dengan satu semangat dan cogan kata

EVOLUSI
GENERASI
BERWAWASAN

2.0 MATLAMAT PENUBUHAN KELAB


Kelab Sukan Bermotor Besut (BESTIVEC) menyediakan satu garis panduan yang jelas berhubung dengan matlamat penubuhan kelab. Di antara matlamat penubuhan adalah seperti berikut :-

a) Memberi pendidikan dan pengetahuan asas bermotor kepada masyarakat khususnya remaja yang minat bermotor.

b) Menggalakkan remaja menjalankan aktiviti bermotor berlandaskan disiplin, peraturan dan arahan yang disahkan oleh pihak berkuasa.

c) Dengan wujudnya kelab ini, ianya membolehkan kita mendekati remaja di seluruh pelusuk dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

d) Memberi pendedahan berhubung aspek-aspek keselamatan, peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan agensi-agensi berkaitan.


3.0 LOGO DAN KETERANGAN

BULATAN PUTIH bermaksud Sebulat suara atau bersatu hati serta ketulusan hati
Lambang ‘B’ ATAU BURUNG TANPA KEPALA melambangkan daerah BESUT, manakala Burung Tanpa Kepala bermaksud kita berada didalam negara dan kelab yang bebas namun, setiap perbuatan dan kegiatan adalah berteraskan peraturan dan undang-undang
LAMBANG ‘I’ ATAU ‘1’ bermaksud ‘ Intelligent dan Satu matlamat
WARNA HITAM DAN PUTIH melambangkan bendera negeri Terengganu
JALUR WARNA MERAH melambangkan bendera daerah Besut dan keberanian
TECHO METER (RPM) ciri-ciri kenderaan bermotor
EVOLUSI GENERASI BERWAWASAN adalah moto kelab.

5.0 PROFIL KELAB


Nama Kelab : KELAB SUKAN BERMOTOR BESUT (BESTIVEC)


Tarikh Penubuhan : 31 Ogos 2004


Alamat Urusetia : D/A Jerteh Signtech
Lot 659, Kg. Nyior Tujuh,
22000, Jerteh, Besut, Terengganu.

No. Telefon : 012-9540440 / 012-9596414 / 012-9371610


Penyelaras : 1) Ghazali Bin Che Noh
No. K/P : 670712-11-5387

: 2) Nik Ismadi Bin Nik Ab Rashid
No. K/P : 730913-11-5393


Jabatan Sokongan : Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Besut
Kementerian Belia Dan Sukan

No. Telefon : 09-6956362

No. Fax : 09-6958287


Bank Kelab : Bank Pertanian Cawangan Jerteh, Besut, Terengganu.


6.0 CARTA ORGANISASI KELAB SUKAN BERMOTOR BESUT (BESTIVEC)

PENAUNG
YAB. DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH
PENASIHAT
Y.B NAWI BIN MOHAMMAD
DATO’ WAN ZAKARIA BIN WAN AB RAHMAN
JAWATANKUASA PENGELOLA
PEGAWAI BELIA DAERAH BESUT
KETUA POLIS DAERAH BESUT
PEG. JABATAN PENGANGKUTAN JALAN DAERAH BESUT
PEG. KESIHATAN DAERAH BESUT
AHLI JAWATANKUASA KELAB

PRESIDEN
GHAZALI BIN CHE NOH
TIMBALAN PRESIDEN
AHMAD BAIHAKI B. MOHD ZAIN
SETIAUSAHA AGONG
NIK ISMADI B HJ. NIK AB RASHID
AHLI JAWATANKUASA KELAB

BENDAHARI
RAMZUNASRI B MOHD NOR
BIRO KESELAMATAN
WAN ASMAWADY B WAN CHIK
YUHAISHAM B YAHYA

BIRO GRAFIK / FOTO
W. NORAZLI B AHMAD ALBADWI
TIUNH CHIAT CHIN

BIRO KEBUDAYAAN
WAN RAMZI B WAN HASSAN
ZAILAN B. ISMAIL
BIRO PENERANGAN
WAN SUHAILI B WAN HUSIN
MOHD. NAJIB B HJ MUSA
BIRO PENGANGKUTAN
RIZAL ATIQ B AB RAHIM
MOHD AMIR IKHWAN B MOHD MANIYAMIN
BIRO BENGKEL / MEKANIK
AHMAD BAKRI B DAUD
MUHAMADI B HARUN
BIRO DATA DAN KEAHLIAN
WAN AZMI B WAN IBRAHIM
BIRO PENAJAAN
ADNAN B MOHD RASHID
MD ZAKI B HUSIN
BIRO SUKAN / KEBAJIKAN / KEAGAMAAN
JURAIMI B MOHD NOR
ISMAIL B ABDULLAH

BIRO PROGRAM
AZIZUL JASMI B MOHAMMAD
HASRIE B ISMAIL


Sunday, March 8, 2009

PERLEMBAGAAN BESTIVEC

PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN BERMOTOR BESUT (BESTIVEC)

Garis Panduan
Akta Pembangunan Sukan 1997
Peraturan- peraturan Pembangunan Sukan


PENGENALAN

Pemahaman mengenai perlembagaan adalah penting bagi pentadbiran yang licin dan berkesan. Namun boleh berlaku penyalahtafsiran terhadap kandungan kedua-dua dokumen ini, disebabkan ahli-ahli tidak biasa atau foktor lain.

Bagi memperjelaskan lagi kandungan perlembagaan, terdapat aturan dan peraturan persidangan yang berkaitan dengan cara melaksanakan mesyuarat/persidangan di pelbagai peringkat kelab.

Di mana tidak terdapat huraian yang jelas dalam perkara-perkara tertentu, membuat peraturan-peraturan dari masa ke semasa untuk panduan ahli. Peraturan-peraturan ini boleh berubah mengikut keperluan dan keadaan.



PENDAFTARAN KEAHLIAN

1. Permohonan mendaftar sebagai ahli biasa hendaklah dikemukakan kepada jawatankuasa yang dikehendaki menerima dan meluluskan permohonan tersebut.

2. Borang pendaftar menjadi ahli hendaklah ditandatangani oleh pemohon dan diluluskan pemohonan setelah di kemukakan oleh jawatankuasa ahli kelab.

3. Jika pemohon tidak didaftarkan sebagai ahli dalam masa satu bulan, ia boleh melapor hal ini kepada pengerusi dan pengerusi mesti mengarah jawatankuasa mendaftar pemohon tersebut sebagai ahli.

4. Pemohon lelaki dan perempuan hendaklah berusia antara 17 hingga 50 tahun dan jika pemohon berumur kurang daripada 17 tahun akan didaftarkan sebagai pemerhati.

5. Pemohon hendaklah menjelaskan yuran penyertaan sebanyak RM35.00 sebagai cagaran penyertaan ahli yang berkualiti, resit penyertaan akan diserahkan setelah mendapat persetujuan jawatankuasa ahli.

6. Borang penyertaan boleh didapati dari pejabat urusan kelab atau pejabat Belia dan Sukan Daerah beserta gambar.

7. Yuran tahunan adalah sebanyak RM60.00 adalah wajib bagi melayakkan ahli menyertai program anjuran kelab peringkat negeri dan negara, program kerjasama kelab dan lain-lain agensi kerajaan atau swasta dan kelayakkan menyertai mesyuarat agong kelab yang diadakan pada setiap tahun.

8. Setiap ahli akan diserahkan kad keahlian kelab sebagai identiti ahli kelab dan wajib dipakai semsa terlibat dengan mana-mana program anjuran kelab atau yang berkaitan.

9. Pemohon hendaklah buat akuan status kesihatan sebagai makluman pihak urusetia


HAK-HAK KEAHLIAN

1. Seorang ahli yang dicalonkan bertanding untuk merebut jawatan atau jika telah dipilih atau dilantik, jawatannya hendaklah serta merta terlucut dengan sendirinya jika ia dilarang oleh undang-undang daripada memegang jawatan di dalam pertubuhan iaitu kerana :

i. telah dikenakan hukuman penjara 1 tahun
ii. telah dikenakan denda RM2000.00 ke atas
iii. telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah dan belum mendapat surat pelepasan

2. Seorang ahli juga tidak boleh memegang jawatan jika telah dipecat oleh kelab atas apa-apa sebab atau keahliannya digantung.


PEMBAYARAN YURAN

1. Seseorang ahli yang hendak membayar yurannya kepada kelab tidak boleh ditolak atas apa-apa sebab sekalipun.

2. Orang yang bertanggungjawab menerima yuran adalah bendahari kelab, tetapi diwaktu ketiadaannya seseorang yang lain seperti Pengerusi dan Setiausaha kelab juga boleh menerima yuran.

3. Resit hendaklah dikeluarkan bagi setiap yuran yang telah dibayar dan resit ditandatangani bendahari.

PERSIDANGAN KELAB

1. Jawatankuasa kelab hendaklah berunding dan memberitahu kepada pengerusi tentang masa dan tempat mengadakan persidangan kelab.

2. Persidangan kelab hendaklah diadakan di suatu tempat dalam kawasan kelab, kecuali jika tidak terdapat kemudahan dewan, bolehlah diadakan di luar kawasan dengan kebenaran Pengerusi.

3. Persidangan kelab tidak boleh diadakan di rumah Pengerusi atau Ahli jawatankuasa kelab, tetapi pada satu tempat berkecuali.

4. Notis persidangan kelab yang ditandatangani oleh Setiausaha hendaklah dihantar kepada semua ahli yang membayar yurannya sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh Persidangan.

5. Penyata-penyata yang perlu dibentangkan dalam persidangan :


i. Peringatan persidangan
ii. Penyata tahunan
iii. Penyata kira-kira


6. Semua usul dalam persidangan kelab hendaklah dirujukkan kepada Pengerusi untuk tindakan atau dijadikan cadangan.


PENGERUSI PERSIDANGAN

A. Hak Mempengerusi


1. Persidangan kelab berkuasa melantik Pengerusi persidangan dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada bilangan ahli yang hadir dan berkuasa memilih gantinya.
2. Pengerusi yang dipilih itu hendaklah menjadi Pengerusi dalam sebarang persidangan melainkan jika Pengerusi tidak hadir, maka Pengerusi berkuasa melantik ahli yang hadir di persidangan mengambil tempatnya ataupun bolehlah mereka bergilir-gilir mempengerusikan mesyuarat yang sama.

B. Memutuskan Pengundian

1. Keputusan atas satu-satu perkara adalah mengikut pihak mana yang mendapat suara lebih dan jika sama banyak undi maka Pengerusi bolehlah menggunakan undinya untuk memutuskan pihak mana yang menang tetapi ia tidak boleh mengundi jika undi kedua pihak tidak sama banyak.
2. Jika didapati ada undi yang sama banyak bagi pemilihan jawatan ahli jawatankuasa, maka undian kali yang kedua hendaklah diadakan bagi mereka yang berkenaan dan sekiranya pengundian kali kedua juga didapati sama banyak maka cabutan undi hendaklah dijalankan oleh Pengerusi.

C. Am

Jika seseorang yang muflis mempengerusi persidangan, dengan sendirinya persidangan
itu tidak sah.


CUKUP BILANGAN (KUOROM)

Cukup bilangan bagi persidangan ialah satu perempat daripada sembilan ahli yang berhak hadir tetapi tidak kurang daripada 30 orang. Sekiranya tidak cukup bilangan setengah jam lamanya daripada waktu yang ditetapkan, maka Pengerusi hendaklah menangguhkan persidangan itu kepada satu masa yang lain. Tetapi sekiranya ada sebab-sebab tertentu yang mustahak bolehlah ia menjalankan persidangan itu setelah berunding dengan Pengerusi dan keputusan Pengerusi atas perkara itu adalah muktamad.


KAEDAH PENCALONAN DAN PENGUNDIAN

A. Pencalonan

1. Sebuah Jawatankuasa Pemilihan yang bebas hendaklah ditubuhkan selaras dengan perlembagaan untuk mengendalikan pemilihan bagi jawatan-jawatan yang dipertandingkan.
2. Mana-mana ahli yang tidak menghadiri persidangan semasa pemilihan berlangsung kerana sebab-sebab tertentu, adalah layak bertanding setelah memberi surat penyata persetujuan.
3. Ahli-ahli dicalonkan untuk bertanding hendaklah ada cadangan dan sokongan secara bertulis kepada Pengerusi persidangan.Pengerusi persidangan berpuas hati setelah semua ahli-ahli yang ingin bertanding sudah dicalonkan.


B. Pengundian

1. Pemilihan ahli dan jawatankuasa kelab hendaklah dijalankan dengan cara undi
sulit,manakala bagi jawatankuasa kelab bolehlah secara sulit ataupun dengan
mengangkat tangan.

2. Tiap-tiap ahli yang mengundi wajib mengikut jumlah bilangan jawatan sebagaimana yang dikehendaki.

3. .Seseorang ahli yang tidak hadir ditempat persidangan tidak boleh mewakilkan undinya kepada ahli lain.

4. Pengiraan undi hendaklah dibuat di suatu tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan dan tiada sebarang pihak lain hendak mencampuri urusan ini selain disaksikan oleh wakil-wakil calon yang bertanding.

5. Kertas-kertas yang sudah dipakai hendaklah disimpan oleh Jawatankuasa Pemilihan selama satu bulan untuk tujuan semakan jika timbul kemusykilan dan boleh dimusnahkan setelah tamat tempoh tersebut.


HAK MENGHADIRI PERSIDANGAN

Hanya ahli kelab yang menjelaskan yuran pada tahun lalu berhak hadir dan mengambil bahagian dalam sebarang persidangan atau mesyuarat.


PERINGATAN PERSIDANGAN

1. Peringatan hendaklah dibentangkan dalam persidangan.

2. Setiausaha hendaklah menghantar senaskah Peringatan Persidangan yang lalu kepada tiap-tiap ahli persidangan pada bila-bila masa sebelum diadakan persidangan.


NOTIS PERSIDANGAN

Setiausaha kelab hendaklah memberitahu ahli-ahli dengan bertulis sekurang-kurangnya tujuh hari terlebih dahulu daripada hari yang akan diadakan persidangan.