Monday, July 13, 2009

Tuesday, July 7, 2009

LARIAN KEMANUSIAN PALESTIN 2009

Pada 28 Febuari 2009 jam 8.00 pagi, Bertempat di Medan Selera Bandar Jerteh telah diadakan Program Larian Kemanusiaan Palastin dan tandatangan kemasyarakat telah berjaya di rasmikan oleh ADUN Jerteh YB Dato' Seri Idris bin Jusoh yang juga selaku Pengerusi Mara. Larian ini disertai oleh Skuad sukarelawan Remaja rakan muda dan penduduk di sekitar Daerah Besut. Kelab Bestivec tidak melepaskan peluang ini dengan menghantar seramai 25 orang wakil peserta. Selain program kecerdasan diri ianya adalah bertujuan menunjukkan sokongan padu rakyat Malaysia dalam membenteras kezaliman Israil di Palastin. Program ini juga dengan resmi nya melancarkan Tabong untuk mangsa-mangsa keganasan di Palastin yang dinamakan Tabong Gaza. Program ini dianjurkan oleh Pemuda Umno daerah Besut dengan kerjasama Skuad Sukarelawan Remaja Rakan Muda, Majlis Daerah Besut dan Kelab-kelab NGO di sekitar daerah Besut.










Program Amal ke rumah orang Miskin daerah Besut






Selain daripada aktiviti riadah dan permotoran BESTIVEC juga tidak terlepas daripada mengadakan aktiviti-aktiviti amal. Diantaranya adalah mengadakan kunjungan kerumah warga miskin di sekitar daerah Besut. Semasa mengadakan kunjungan tersebut Pihak BESTIVEC juga memberi sumbangan berupa hamper kepada keluarga Miskin tersebut. Pihak Ahli jawatan kuasa berjaya mengenal pasti seramai 10 keluarga miskin di sekitar daerah Besut. Ini adalah fasa pertama program amal dan Program ini akan diteruskan dari masa ke semasa.




Majlis Temu Mesra bersama Tengku Temenggong

Pada 21Febuari 2009 jam 8.00 malam, Satu majlis Malam temu mesra PPT 2009 telah diadakan bertempat di Terengganu Equeistrian Kuala Ibai. Program ini di anjurkan oleh Persatuan Permotoran Terengganu (PPT). YAM Tengku Sri Temenggong Raja selaku Presiden Persatuan Permotoran Terengganu (PPT) dengan bangganya menjemput wakil daripada Kelab BESTIVEC bersama-sama memeriahkan lagi majlis ini. Kelab Bestivec menghantar kesemua AJK nya kemajlis itu. Antara lain matlamat YAM Tengku Sri Temenggong Raja menjemput kelab Bestivec adalah untuk mengabongkan Kelab Bestivec dibawah naungan YAM Tengku Sri Temenggong Raja, yang mana YAM menaungkan 12 buah Kelab-kelab permotoran di seluruh negeri Terengganu. Kelab Bestivec adalah kelab yang ke 13 dibawah naungannya.